Monday 26 October 2015

Tentang Kami Tadika ABS Lembah Keramat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Misi
Membawakan Kebaikan

Impian Kami
Anak-anak akan saling menghormati, berbudaya tinggi dan peka dengan persekitaran.
Berakhlak baik dan keluarga juga akan terpalit dengan Budaya yang dibawa oleh ABS.

Mereka akan membantu satu sama lain supaya masing-masing berjaya ke garisan penamat.

Setiap kemahiran dan bakat yang ada pada anak-anak akan dirai supaya nilai percaya diri anak meningkat. 

Konsep setiap duit yang mereka terima ada bahagian untuk disimpan, disedekahkan dan untuk dilabur. Nilai duit itu akan difahamkan pada anak-anak dan tidak boleh meminta-minta.

Prinsip Kami

Tadika ABS tertubuh daripada hasil perbincangan di antara Puan Ainon Mohd (Pengerusi ABS Holdings) dengan beberapa pengusaha tadika.

Aspek yang ditekan dalam Tadika ABS adalah daripada sudut hak anak-anak dan asas pembelajaran serta sudut pengembangan bisnes tadika dari segi masa depan pengusaha tadika indie.

Selain membimbing anak-anak menguasai kemahiran akademik, Tadika ABS juga fokus kepada kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk 'survive' dalam era perubahan zaman yang semakin mencabar.

Tadika ABS juga menjadi platform penting mengumpulkan usahawan tadika yang membolehkan berkongsi kos pengurusan dan pemasaran.



Thursday 22 October 2015

Pendaftaran 2016 Tadika ABS Lembah Keramat

Assalamualaikum w.b.t


Tadika ABS Lembah Keramat bakal beroperasi bagi sesi 2016 insyaAllah. 


Bagi ibubapa/penjaga yang ingin mendaftar bagi anak-anak berumur 4,5 & 6 Tahun boleh menghubungi kami di talian 01127593699.


Kami juga menyediakan perkhidmatan transit atay daycare bagi ibubapa/penjaga yang memerlukannya.


Aktif . Bijak . Santun





Wednesday 21 October 2015

Tadika ABS Lembah Keramat

Assalamualaikum w.b.t

InsyaAllah, Tadika ABS Lembah Keramat akan dibuka bagi sesi 2016.

Nantikan kemunculannya.


Email : everrich.edu@gmail.com